[ Angin Dalam Badan? Apa punca? Apa tanda?]
apa itu angin? #angin merujuk kepada kembung, sendawa yg berterusan, kentut melepaskan angin sama ada melalui mulut, dubur.
Apa punca angin dalam badan?
- Telan udara
- Apabila bakteria dalam usus besar menghadam/ memproses makanan
Semasa makan dan minum, kita juga boleh menlan udara secara tidak sengaja. Mengunyah gula2 getah juga membenarkan banyak angin masuk dalam badan, sekiranya tidak keluar boleh mengakibatkan kembung atau masalah angin.
Biasanya angin terjadi selepas kita makan karbohidrat terutamanya yg mengandungi serat tidak larut seperti kacang dan sesetengah sayur seperti kobis, brokoli dan bawang. Makanan tggi serat spt beras perang dan baked beans juga boleh menyumbang kpd masalah angina. Lain badan lain kesan, macam ada setengah orang tak boleh makan pulut, ada yang okays je..
Tanda/ Simptom Masalah Angin
- · Rasa lesu/ letih/ tidak bertenaga
- · Selalu rasa kebas/lenguh/sengal
- · Tapak tangan/kaki berasa sejuk
- · Selalu menguap/mudah mengantuk
- · Sukar bernafas/nafas pendek
- · Rasa tegang di tengkuk dan pinggang
- · Kulit kering
- · ‘muscle spasms’ waktu tidur/jaga
- · Perut berangin
- · Sakit kepala/migraine
- · Perasaan mudah marah
- · Hilang selera makan
- · Hilang/kurang nafsu seks
- · Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.
Itu Antara punca dan tanda2 masalah angin dalam badan.
ADAKAH IANYA BAHAYA?
Sendawa yg kronik berpanjangan boleh menjadi tanda adanya penyakit dalam saluran penghadaman seperti ulser atau gastro – esophagus reflux penyakit (GORD)
Kembung pula mungkin di sebabkan oleh pelbagai penyakit termasuk sindrom usus (IBS), kanser kolon dan penyakit Crohn atau Hernia.
Tapiii.. jangan risau, ini adalah masalah biasa dan sangat lazim…. Pokoknyaa jaga diet kita,kenal makanan kita dan kenal tubuh badan kita jangan main taram je semua ye… In shaa Allah terkawal semuanya.
Ni kita citer pasal angin, next entry baru kita share pasal cara mengatasi masalah angin yg masuk dalam kategori popular ni okays?
No comments:
Post a Comment