Si cHanTeQ daN si HeNseM!

Thursday, December 31, 2015

DETOKS DENGAN MUDAH!


Pernah dengar tak pasal DETOX? Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ye?
Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal
Tanda-tanda anda perlu DETOX
·         Masalah penghadaman
·         Sembelit
·         Sakit kepala
·         Jerawat
·         Penuaan pra-matang
·         Letih
·         Berat badan berlebihan
·         Insomnia

Cara & Langkah-langkah DETOX
Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :

1.     PUASA – rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
2.     DETOX hati – rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
3.     DETOX Sistem Penghadaman – ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
4.     DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
5.     MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik

Detoks dengan JAMU NENEK!
Kenapa nak bersusah detoks badan? Nak natural ways, ye. Tapi leceh nya bila perlu kupas sana sini, rendam, minum. Lagi leceh bila kos untuk buat air detoks tu kadang mahal sikit kan? Kalau tanya wawa kat machang ni mana nak cari buah pelik2, daun pudiana bagai kan. Kita pon nk ikut trend buat fusion water pakai blue berry lah, strawberry lah, lemon lah. HeheTak Intrend lah detoks pakai timun batang, limau kasturi. Hehe. Tapi tak pe, wawa nk offer salah satu antara rangkaian produk Jamu Nenek.
Kita ada JAMU NENEK DETOKS DIET mmg 100% berfungsi untuk menyingkirkan lebihan toksin, lemak, angin dan air dalam badan! Wow
!
Hanya amalkan sekali sehari selepas makan tengah hari. Bukan saja boleh singkir lemak dan toksin, boleh turunkan kadar kolestrol dalam badan juga taw!
Harga? Sangat sangat mampu milik RM 25 sahaja sebotol.
Ramuan? Berita baik untuk yang tak suka makan sayur, tak berapa nk makan buah hari2.
Detoks diet di perbuat daripada sayuran hijau, pucuk dan ulaman which means high fibre lah kan.. Memang terlajak lawas bila dah amal detoks diet ni,
Lain lain ramuan dia ada inai mekah, serai, halia. Kombinasi tepat untuk buang angin dan kempis perut!

Bila waktu terbaik detox?

Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat – mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini – jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.

Jangan tunggu lagi, jom detox sekarang! Detoks lah denga bijak yea :)
JAMU NENEK DETOKS DIET
RM 25 sebotol 
Pos seluruh Malaysia

Najwa
Agent Sah Jamu Nenek anda
013 5079887

APA ITU TOKSIN?

Apa itu TOKSIN?

Biasa kan kita dengar setiap kali seller jual barang mesti cakap, toksin dalam badan penyebab supplement tidak menyerap di tahap optimum, banyak toksin makan lah apa pon mesti tak jalan.

KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia.Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam. Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.

Nahh.. ibarat racun atau penghalang kepada kesembuhan. .kan? Apa sebenarnya toksin ni? Apa kesan toksin kepada tubuh badan kita? Jom kita berkenalan dengan toksin.

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut,makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg

Bayangkan dengan toksin sebanyak tu.ibarat tong sampah yang dah overload dengan sampah, Nampak kotor, bau busuk dan pastinya memberi impak besar kepada kesihatan tubuh manusia.
Lazimnya, toksin terdiri daripada dua jenis,

  • 1.       (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.

  • 2.       (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.


Simptom-simptom toksin berlebihan 


  • ·         Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau , bau badan
  • ·         Insomnia (masalah tidur), mata gelap , mata merah
  • ·         Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, rasa cemas
  • ·         Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • ·         Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  • ·         Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  • ·         Masalah kulit – jerawat, eczema
  • ·         Selulit, kenaikan berat badan, tanda-tanda penuaan awal

  • Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.
  •  

Tanda-tanda lain

·         Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 

·         Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
·         Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.


Punca- punca toksin 


  • ·         apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  • ·         pemakanan ubat-ubatan kimia
  • ·         merokok
  • ·         pengambilan minuman keras 
  • ·         pemakanan yang tidak seimbang


Kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi
  •     makan makanan yang kaya dengan fiber
  • ·         cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau
  • ·         ambil Vitamin C
  • ·         minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari
  • ·         breathe deeply
  • ·         hot shower 5 minit
  • ·         sauna
  • ·         Exercise



Toksin mempengaruhi emosi

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Individu akan :

  • ·         Individu yang kerap marah-marah
  • ·         emosional
  • ·         sering tidak tenang
  • ·         tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut sekiranya  lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi sepatutnya


haaa…dah baca? Banyak cara dah cari cara utk detoks?
1 cara mudah untuk proses detoks ialah dengan mengamalkan Jamu Nenek Detoks diet di mana ramuannya terdiri daripada sayuran hijau, inai mekah, serai, halia dan lain lain lagi ramuan segar.
Sesuai sangat untuk mereka yang mcam saya, tak suka buang masa merebus air, rendam sana sini, kupas sana sini. Cukup 2 biji sebelum tidur atau 2 biji selepas makan tengah hari. Senang kan? Praktikal sangat  hari hari kita detoks.

Murah dan mampu milik, produk 100% bumiputera.
Harga?
RM 25 sebotol/50 biji.
Murah kan? Murah kan?
Dapatkan dengan WhatsApp no 0135079887
Free consultation also J



Tuesday, December 29, 2015

CARA BUANG ANGIN DALAM BADAN SECARA SEMULAJADI


7 CARA MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN SECARA SEMULAJADI

Masalah angin sebenarnya sangat lazim dikalangan kita sebab masalah angin ni berpunca dari pemakanan, sistem penghadaman. Semua orang makan kan? jadi semua orang alami angin..bezanya senang keluar atau tak. Ada orang senang kentut, senang sendawa, tapi ada juga orang yang mengalami masalah penghadaman sehingga menyusahkan untuk melepaskan angin baik dengan cara sendawa atau kentut. Ada jugak taw yang tak boleh kentut dan sendawa..haa.. kite la tuu.. makan apa apa berangin mmg susah nk keluarkan…

  • ·         Banyakkan minum air masak/suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin. (nak senang minum dgn straw ye..utk org susah minum air masak mcm wawa.. straw lah penyelamat..hehe)
  • ·         Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.
  • ·         Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak dipasaran. tapi pastikan semulajadi ok?
  • ·         Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam
  • ·         Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara
  • ·         Makan dalam porsi yang kecil setiap 2 3 jam


Amalkan minuman air halia atau bawang putih:Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.Hiris bawang putih nipis-nipis.Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.Minum ramuan ini sebulan sekali.


Haa.. .senang sangat kan nk buang angin dalam badan? Wawa, kalau berangin mmg blender halia and rendam dalam the panas. Tp tu dulu la zaman membujang, skang anak dah 2 mmg nk blender bawang pon belum tentu ada masa taw… so,wawa mmg amalkan Jamu Awet Dara dan Jamu Detoks diet by D Azaa Herbs. Mmg hari hari membuang angina je kejenye. Hehe.

Bukan la bermaksud kita boleh taram je segala benda, tp nk cakap kat sini, hari hari kita makan kan? Kadang kita tak boleh kawal angina keluar masuk badan secara tak sengaja..jadi, apa salahnya kita amalkan Jamu Nenek ni biar angina angina dalam badan kelaur dengan jayanya setiap hari JO
Senang, sebab mmg tak kuasa nk merebus, merandam sedangkan dalam JAmu Nenek bermacam lagi ramuan macam halia muda, kunyit putih, bunga zafaran, rose bud dan ulaman segar yg jauh lebih baik dari hanya campur halia tambah the kan?hihi..

JAMU AWET DARA
JAMU DETOKS DIET
RM 25/50 biji
Postage seluruh Malaysia 
WhatsApp 013 507 9887

Najwa
Agent Sah JAmu Nenek anda 
 

Monday, December 28, 2015

PUNCA DAN SIMPTOM ANGIN DALAM BADAN




[ Angin Dalam Badan? Apa punca? Apa tanda?]

apa itu angin? #angin merujuk kepada kembung, sendawa yg berterusan, kentut melepaskan angin sama ada melalui mulut, dubur.




Apa punca angin dalam badan?




  • Telan udara
  • Apabila bakteria dalam usus besar menghadam/ memproses makanan


Semasa makan dan minum, kita juga boleh menlan udara secara tidak sengaja. Mengunyah gula2 getah juga membenarkan banyak angin masuk dalam badan, sekiranya tidak keluar boleh mengakibatkan kembung atau masalah angin.

Biasanya angin terjadi selepas kita makan karbohidrat terutamanya yg mengandungi serat tidak larut seperti kacang dan sesetengah sayur seperti kobis, brokoli dan bawang. Makanan tggi serat spt beras perang dan baked beans juga boleh menyumbang kpd masalah angina. Lain badan lain kesan, macam ada setengah orang tak boleh makan pulut, ada yang okays je..







Tanda/ Simptom Masalah Angin


  • · Rasa lesu/ letih/ tidak bertenaga
  • · Selalu rasa kebas/lenguh/sengal
  • · Tapak tangan/kaki berasa sejuk
  • · Selalu menguap/mudah mengantuk
  • · Sukar bernafas/nafas pendek
  • · Rasa tegang di tengkuk dan pinggang
  • · Kulit kering
  • · ‘muscle spasms’ waktu tidur/jaga
  • · Perut berangin
  • · Sakit kepala/migraine
  • · Perasaan mudah marah
  • · Hilang selera makan
  • · Hilang/kurang nafsu seks
  • · Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.


Itu Antara punca dan tanda2 masalah angin dalam badan.






ADAKAH IANYA BAHAYA?


Sendawa yg kronik berpanjangan boleh menjadi tanda adanya penyakit dalam saluran penghadaman seperti ulser atau gastro – esophagus reflux penyakit (GORD)




Kembung pula mungkin di sebabkan oleh pelbagai penyakit termasuk sindrom usus (IBS), kanser kolon dan penyakit Crohn atau Hernia.




Tapiii.. jangan risau, ini adalah masalah biasa dan sangat lazim…. Pokoknyaa jaga diet kita,kenal makanan kita dan kenal tubuh badan kita jangan main taram je semua ye… In shaa Allah terkawal semuanya.




Ni kita citer pasal angin, next entry baru kita share pasal cara mengatasi masalah angin yg masuk dalam kategori popular ni okays?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Heart Chat Bubble
Copyright to Farhah Najwa
Designed by UMIESUEstudio 2015