DETOKS! Kenapa detoks? Hari-hari kita “shopping online”
seller mesti kata badan kita kena detoks, ataupon kesan supplement bergantung
kepada level toxin/racun dalam badan.
Pernah tak kita dengar? Sekarang memang iklan detoks
dominate ruangan FB kita kan? Lepas tu viral pulak air detoks ni. Alaaa.. yg
air campuran lemon, daun mint, limes and so on yg kena rendam semalaman or
rebus sahaja. Tambah lagi dengan produk “Titik2 pon boleh kurus” sebagai ramuan
utama dalam air detoks tu. Kan3? Mmg kita dah biasa actually dengan perkataan
detoks.
Namun begitu, kalau kita Tanya diri sendiri, pernahkah kita
ambil tahu makna sebenar detoks atau detoksifikasi ini? Pernah kita ambil tahu,
bagaimana toksin berada dalam badan, bagaimana kenapa di mana, dari mana datang
dan wujudnya detoks/racun dan lain2 ini? Pernah tak? Angguk ke geleng?
Jom kita belajar sikit dan ambil tahu apa itu DETOKS!
DETOKS/DETOKSIFIKASI - SUATU PROSES PEMBUANGAN RACUN DARI
DALAM TUBUH
Detoks adalah proses pembuangan racun (toksin) dari dalam tubuh kita, samada
yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita mahu pun yang disebabkan oleh
gaya pemakanan kita (seperti pestiside, pewarna, MSG, logam berat dalam air
minuman, dan sebagainya), pengambilan ubat-ubatan, pencemaran udara, stress,
pola makan yang tidak sihat dan radikal bebas. Proses detoks juga membantu
memperbaiki metabolisme dan kemampuan tubuh untuk membuang racun (toksin) dari
dalam tubuh secara semulajadi.
Toksin-toksin inil jika semakin banyak di dalam tubuh, iaitu di dalam di usus
kita yang pada akhirnya menyebabkan penyakit degeneratif, kerosakan sel-sel
tubuh dan penyakit kronik lainnya seperti kanser, kolesterol dan darah tinggi.
Peningkatan racun di dalam tubuh juga mempengaruhi stamina dan kecergasan tubuh
dalam menjalani kegiatan seharian serta penuaan diri.
Proses detoks ini sangat penting dilakukan sekerap mungkin kerana mengingatkan
persekitaran hidup dan makanan yang kita makan setiap hari yang seringkali
tercemar, sama ada kita sedar atau tidak.
MENGAPA DETOKS ITU PENTING?
Dengan detoks kita dapat:
1. Mencegah penyakit.
2. Merehatkankan organ tubuh.
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh dari toksin-toksin yang berbahaya.
4. Menghilangkan jerawat
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Meningkatkan kecergasan dan fleksibiliti tubuh.
7. Meningkatkan kesuburan.
GEJALA-GEJALA TUBUH YANG SEDANG MENGALAMI DETOKSIFIKASI
Gejala detoks adalah pelbagai dan cara mengatasinya juga adalah berbeza-beza,
bergantung kepada paras kepekatan racun di dalam tubuh dan kepekaan
masing-masing individu. Ini juga kerana setiap orang mempunyai metabolisma
tubuh badan yang berbeza.
Cara-cara untuk detoks
Puasa
Puasa memang satu kaedah yg berkesan dan selamat untuk bantu
badan menyahkan toksik. Kalau nak detoks badan tanpa suplemen, berpuasala
selalu.
Ahli nutrisi Christine Gerbsatdt, penulis buku The Doctor's
Detox Diet memberikan cara lebih sihat dan efektif untuk detoks.
Detoks Lemonade
Mungkin kita masih asing kalau dengar nama lemonade ni. Air limau tahu? Haha.
Saje je macam glamer sket sebut lemonade. Tambah halia, madu, limau kemudian
air panas. Sedap macam duduk tepi kolam renang tu. Tanning konon. Haha.Sesuai
sangat minum waktu pagi sebab sekaligus boleh jadi minuman yg menghangatkan
badan. Sape yg ada rasa macam sejuk2 tu elokla minum lemonade ni. Detoks
lemonade yg ada banyak lemon ni mengandungi asid sitrat. Jadi bila minum, kita
mampu detoks badan kita secara alami.
Detoks sayur
Kalau kita jenis tak suka makan sayur, sebab sayur ni tak sedap macam ayam
panggang, maka lepas ni kena cuba. Kalau tak suka makan sayur sebab tak boleh
lihat bentuk fizikal sayur tu, maka cuba blend dan jadikan jus. Campurkan
bayam, celery. timun, kubis dan ubi bit. Selain rasa macam artis sebab minum
jus macam tu, memang kita bole detoks sekali. =)
Detoks Buah
Buah-buahan memang best sepanjang masa. Takde istilah tak best kan? Jadi cuba
campurkan beberapa jenis buah macam nenas, delima dengan limau. Blend sampai
jadi jus dan minum. Memang rasa sihat. =)
Detoks Minuman Kuning
Minuman kuning ni merujuk kepada minuman herba dan rempah. Haha. Ko mampu?
Boleh cuba rebus kunyit dan halia kemudian tambah limau dan sedikit garam.
Kunyit dan halia ni memang salah satu tumbuhan yg boleh mendetoks dalam tubuh
kita. Tak cukup dengan detoks, kunyit boleh membuat metabolisme tubuh kita
bekerja dengan maksimum dalam proses pembakaran lemak.
Detoks Teh
Yg ni i like it a lot. Sebab teh memang dah sah2 bagus. Ambil teh dengan jintan
dan ketumbar dan flaxseed. Kemudian rebus semua tu dan ambik jusnya. Dah jadi
minuman kesihatan u ols. Hehe.
Ok, tu antara cara nak detoks badan secara alami.
Dan take note, bila kita mula buat detoks ni kadang2 ada kesan sampingan yg
biasa macam sakit kepala, sakit otot, loya dan sembelit. Tapi tak perlu bimbang
sebab tu semuanya adalah healing crisis atau krisis penyembuhan untuk
menghapuskan toksin. Manakan tidak, sebelum ni badan kita dok selesa dengan
toksin. Bila kita detoks maka badan mula memberontak dan beri kesan.
Insya Allah, lepas detoks, badan akan jadi lebih ringan dan sihat. Dan
ajaibnya, berat badan pon boleh turun. =)
Beberapa gejala umum detoks adalah : pening, mual, gejala selsema, cirit-birit,
perut memmulas, sembelit atau gatal-gatal.
- Mual : Rasa mual adalah proses adaptasi tubuh (normal), 3-5 hari akan hilang
- Perut memulas : Perut memulas adalah proses detoksifikasi (pengeluaran lemak dan racun dari tubuh), 3-5 hari akan hilang. Teruskan program detox, hindari makanan yang terlalu sensitif seperti pedas, masam dan sejuk.
- Pening tanpa peluh dingin : Rasa pening adalah proses adaptasi tubuh (normal), 3-5 hari akan hilang. Teruskan program detox. Minum air putih minimum 3 liter sehari
- Pening disertai peluh dingin : Bererti menahan lapar, makan sesuai jadual program detox. Apabila waktu makan, meskipun belum rasa lapar, harus tetap makan (makan tepat waktu). Tambahkan pengambilan makanan berprotein, berserat, berkalori rendah dan memperbanyakan pengambilan air putih.
- Muntah : Sedang menyesuaikan diri dengan makanan baru, badan belum dapat membiasakan diri dengan portion makan dikurangkan dan sedang meneutralkan kadar asid-alkali bagi orang yang asid perutnya berlebihan.
- Sembelit : Kurang minum air. Tambahkan air putih dan makanan berserat disertakan dengan olahraga.
- Najis busuk : Kurang cairan untuk merembeskan unsur racun, maka timbul najis busuk yang disebabkan proses pembuangan racun secara cepat. Banyakkan meminum air putih, sayur dan buah.
- Otot terasa ngilu : Tubuh sedang menuju kembali ke keadaan sihat, bahagian yang lemah mula bertindak balas. Merupakan gejala semulajadi.
- Bersemangat, riang, susah tidur : Tubuh sedang membakar lemak yang berlebihan menjadi tenaga dan merupakan gejala semulajadi. Jika sukar untuk tidur, kurangkan dos pemakanan
- Pening, lemah, lapar : Terjadi kepada pesakit kadar gula darah rendah. Tingkatkan pengambilan sayur, buah, madu dan air putih. Tingkatkan metabolisme dengan perbanyakkan aktiviti olahraga.
- Gejala Selsema : Minum air putih minimum 3 liter per hari.
- Cirit birit : Jangan kuaatir kerana tubuh bahagian pencernaan sedang mengalami penyesuaian dengan makanan baru, teruskan program detox dan perbanyakkan minum air putih.
- Kulit gatal/bintik : Gejala eksresi racun yang sering terjadi pada penderita gangguan ginjal. Perbanyakkan minum air putih.
- Organ tubuh terasa sakit : pembaikan dalam organ tubuh yang terasa sakit sedang berlaku, teruskan program detox, setelah beberapa hari sakitnya akan hilang.
- Keluar peluh, najis agak pekat, tekak kering : Sedang terjadi akibat pembuangan racun. Gejala normal. Perbanyakkan minum air putih.
- Buang air besar berkurang : Makanan yang diambil lebih banyak yang diserap oleh tubuh. Merupakan gejala normal, tambahkan makanan berserat tinggi untuk membersihkan kotoran.
- Lambat turun berat : Kelenjar tiroid membantu fungsi ginjal sebagai pembuangan air kencing, hati meneutralkan unsur racun dan metabolisme cadangan lemak. Jika fungsi ketiga organ terganggu, maka hasil penurunan berat badan tidak akan begitu ketara. Program detox diteruskan untuk pengemasan keadaan tubuh terlebih dahulu.
- Berat badan naik : Setelah lemak terurai, jumlah otot akan bertambah, berat otot bertambah dan tubuh sedang menahan air. Boleh juga yang sedang berlaku adalah fungsi pembuangan air kencing pada buah pinggang kurang baik, sementara sedang terjadi pengumpulan air dalam tubuh.
- Tidak ada reaksi nyata: Bersyukurlah kerana keadaan badan anda fit dan daya tahan tubuh sudah meningkat. Cuba bersenam, maka akan terasa bahawa daya tahan tubuh sudah bertambah.
Banyak kan cara untuk detoks, kesan2 dan sebagainya yang
kita dah tahu serba sedikit. Tapi! Kadang life kita ni banyak kekangan kan? Tak
sempat nk rebus air bagai, hari2 x semestinya kita makan sayurrrr ajeee..dan
macam2 lagi kekangan plus bila dah malas.
Tak pe, kat sini kita nk kenalkan supplement terbaik
keluaran JAMU NENEK D’AZAA HERBS! DETOKS DIET namanya. Antara ramunannya ialah,
Inai mekah, serai, jintan, ekstrak sena,sayuran hijau dan lain2 lagi. 100%
keluaran bumiputera ya uollss.. bertapak di Pasir Mas Kelantan sejak tahun 1982
dan di komersialkan since 6 years ago J
JAMU NENEK di terapikan dengan alunan zikir, doa dan di solat hajatkan. Ramuan
nya pula di masak berjam2 dlm kawah secara manual taww.
TESTIMONI
Ni laaaa iollss okays! |
Wahhh! Best kan? HArga sebotol RM 25 sahaja (POS ASING)
untuk lagi details uolls boleh WhatsApp 013 507 9887 (No call pls :))
No comments:
Post a Comment