Si cHanTeQ daN si HeNseM!

Saturday, February 7, 2015

Manjakani Penawar Buasir dan Kelebihannya


Hari ini nak bercerita pasal #buasir dan manjakani lah since masih lagi dalam pantang and 5th day suspected buasir. Mmg panik amat but tenangkan diri dan cakap pada diri sendiri "Jamu Nenek" kan ada!
Kenapa yakin sangat tu? Mama call and asked me to buy "manjakani" 1kg then blender kasi halus, tapis and tepek kat d***r mcm bedak sejuk. Then yg kasar2 tu buat bunjut mcm tungku herba, tungku kat tempat berkenaan.
Ok, mmg tu pon berkesan, but.. sempat ke? baru nk menepek tetiba anak nangis mntak nenen.. pas tu anak 1st pon xleh kita x de depan mata.
Bole la let go petua tu, tp berkesan ye utk sape2 yg ade buasir :)

2nd thing saya cuci dgn feminine wash cosmoderm with manjakani tuh. It helps a lot too!

3rd ways.. saya mmg mengamalkan "Jamu awet" sepanjang berpantang.
4 biji Pagi dan 4 Biji malam. dat thing.. mmg mujarab! sb sy xde masalah nk meneran even baru 20th day. bengkak2 kat tmpat berkenaan mmg dah xde :) saya lawas membuang yg mana sebelum ni mmg saya sembelit!

Ramuan dalam Jamu Nenek, sekain saffron atau za'fran, ia mengandungi manjakani :) nak telan manjakani sebijik2 yg tanak dgn nasi tu? alahaii.. Pahit ye sayang2 semua..

MANJAKANI BUAH CIPTAAN ALLAH UNTUK WANITA

Apa lagi ye kelebihan Manjakani?

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

  • Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  • Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
  • Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
  • Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
  • Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
  • Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

Wednesday, February 4, 2015

kelebihan Saffron atau Za'faran

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Jamu nenek ialah Saffron atau Za'Faran.

 

Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. 


Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. 


Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan: 'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"


KHASIAT ZA'FARAN(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)" 
♡ Mencerdaskan minda, 
♡ penyakit radang paru-paru, 
♡ sakit tekak dan tonsil 
♡ Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema 
♡ Sakit kepala atau migrane dan asma
♡ Muntah-muntah, penyakit buah pinggang 
♡ Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia) 
♡ Demam
♡ Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh 
♡ Bengkak hati atau hipatitis A dan B 
♡ Memudahkan penghadaman kpd bayi dan juga kanak2, menghilangkan bau mulut 
♡ Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut 
♡ Menambahkan tenaga zahir dan batin 
♡ Masalah mati pucuk, sembelit 
♡ Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak 
♡ Awet muda dengan kulit cerah dan bersih 
♡ Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing 
♡ Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi 
♡ Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu 
♡ Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan 
♡ Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah
♡ Menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung


Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Heart Chat Bubble
Copyright to Farhah Najwa
Designed by UMIESUEstudio 2015