Si cHanTeQ daN si HeNseM!

Thursday, December 31, 2015

DETOKS DENGAN MUDAH!


Pernah dengar tak pasal DETOX? Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ye?
Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal
Tanda-tanda anda perlu DETOX
·         Masalah penghadaman
·         Sembelit
·         Sakit kepala
·         Jerawat
·         Penuaan pra-matang
·         Letih
·         Berat badan berlebihan
·         Insomnia

Cara & Langkah-langkah DETOX
Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :

1.     PUASA – rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
2.     DETOX hati – rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
3.     DETOX Sistem Penghadaman – ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
4.     DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
5.     MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik

Detoks dengan JAMU NENEK!
Kenapa nak bersusah detoks badan? Nak natural ways, ye. Tapi leceh nya bila perlu kupas sana sini, rendam, minum. Lagi leceh bila kos untuk buat air detoks tu kadang mahal sikit kan? Kalau tanya wawa kat machang ni mana nak cari buah pelik2, daun pudiana bagai kan. Kita pon nk ikut trend buat fusion water pakai blue berry lah, strawberry lah, lemon lah. HeheTak Intrend lah detoks pakai timun batang, limau kasturi. Hehe. Tapi tak pe, wawa nk offer salah satu antara rangkaian produk Jamu Nenek.
Kita ada JAMU NENEK DETOKS DIET mmg 100% berfungsi untuk menyingkirkan lebihan toksin, lemak, angin dan air dalam badan! Wow
!
Hanya amalkan sekali sehari selepas makan tengah hari. Bukan saja boleh singkir lemak dan toksin, boleh turunkan kadar kolestrol dalam badan juga taw!
Harga? Sangat sangat mampu milik RM 25 sahaja sebotol.
Ramuan? Berita baik untuk yang tak suka makan sayur, tak berapa nk makan buah hari2.
Detoks diet di perbuat daripada sayuran hijau, pucuk dan ulaman which means high fibre lah kan.. Memang terlajak lawas bila dah amal detoks diet ni,
Lain lain ramuan dia ada inai mekah, serai, halia. Kombinasi tepat untuk buang angin dan kempis perut!

Bila waktu terbaik detox?

Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat – mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini – jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.

Jangan tunggu lagi, jom detox sekarang! Detoks lah denga bijak yea :)
JAMU NENEK DETOKS DIET
RM 25 sebotol 
Pos seluruh Malaysia

Najwa
Agent Sah Jamu Nenek anda
013 5079887

APA ITU TOKSIN?

Apa itu TOKSIN?

Biasa kan kita dengar setiap kali seller jual barang mesti cakap, toksin dalam badan penyebab supplement tidak menyerap di tahap optimum, banyak toksin makan lah apa pon mesti tak jalan.

KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia.Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam. Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.

Nahh.. ibarat racun atau penghalang kepada kesembuhan. .kan? Apa sebenarnya toksin ni? Apa kesan toksin kepada tubuh badan kita? Jom kita berkenalan dengan toksin.

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut,makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg

Bayangkan dengan toksin sebanyak tu.ibarat tong sampah yang dah overload dengan sampah, Nampak kotor, bau busuk dan pastinya memberi impak besar kepada kesihatan tubuh manusia.
Lazimnya, toksin terdiri daripada dua jenis,

  • 1.       (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.

  • 2.       (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.


Simptom-simptom toksin berlebihan 


  • ·         Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau , bau badan
  • ·         Insomnia (masalah tidur), mata gelap , mata merah
  • ·         Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, rasa cemas
  • ·         Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • ·         Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  • ·         Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  • ·         Masalah kulit – jerawat, eczema
  • ·         Selulit, kenaikan berat badan, tanda-tanda penuaan awal

  • Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.
  •  

Tanda-tanda lain

·         Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 

·         Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
·         Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.


Punca- punca toksin 


  • ·         apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  • ·         pemakanan ubat-ubatan kimia
  • ·         merokok
  • ·         pengambilan minuman keras 
  • ·         pemakanan yang tidak seimbang


Kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi
  •     makan makanan yang kaya dengan fiber
  • ·         cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau
  • ·         ambil Vitamin C
  • ·         minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari
  • ·         breathe deeply
  • ·         hot shower 5 minit
  • ·         sauna
  • ·         Exercise



Toksin mempengaruhi emosi

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Individu akan :

  • ·         Individu yang kerap marah-marah
  • ·         emosional
  • ·         sering tidak tenang
  • ·         tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut sekiranya  lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi sepatutnya


haaa…dah baca? Banyak cara dah cari cara utk detoks?
1 cara mudah untuk proses detoks ialah dengan mengamalkan Jamu Nenek Detoks diet di mana ramuannya terdiri daripada sayuran hijau, inai mekah, serai, halia dan lain lain lagi ramuan segar.
Sesuai sangat untuk mereka yang mcam saya, tak suka buang masa merebus air, rendam sana sini, kupas sana sini. Cukup 2 biji sebelum tidur atau 2 biji selepas makan tengah hari. Senang kan? Praktikal sangat  hari hari kita detoks.

Murah dan mampu milik, produk 100% bumiputera.
Harga?
RM 25 sebotol/50 biji.
Murah kan? Murah kan?
Dapatkan dengan WhatsApp no 0135079887
Free consultation also J



Tuesday, December 29, 2015

CARA BUANG ANGIN DALAM BADAN SECARA SEMULAJADI


7 CARA MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN SECARA SEMULAJADI

Masalah angin sebenarnya sangat lazim dikalangan kita sebab masalah angin ni berpunca dari pemakanan, sistem penghadaman. Semua orang makan kan? jadi semua orang alami angin..bezanya senang keluar atau tak. Ada orang senang kentut, senang sendawa, tapi ada juga orang yang mengalami masalah penghadaman sehingga menyusahkan untuk melepaskan angin baik dengan cara sendawa atau kentut. Ada jugak taw yang tak boleh kentut dan sendawa..haa.. kite la tuu.. makan apa apa berangin mmg susah nk keluarkan…

  • ·         Banyakkan minum air masak/suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin. (nak senang minum dgn straw ye..utk org susah minum air masak mcm wawa.. straw lah penyelamat..hehe)
  • ·         Lakukan urutan visera (abdomen): Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.
  • ·         Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak dipasaran. tapi pastikan semulajadi ok?
  • ·         Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam
  • ·         Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara
  • ·         Makan dalam porsi yang kecil setiap 2 3 jam


Amalkan minuman air halia atau bawang putih:Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.Hiris bawang putih nipis-nipis.Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.Minum ramuan ini sebulan sekali.


Haa.. .senang sangat kan nk buang angin dalam badan? Wawa, kalau berangin mmg blender halia and rendam dalam the panas. Tp tu dulu la zaman membujang, skang anak dah 2 mmg nk blender bawang pon belum tentu ada masa taw… so,wawa mmg amalkan Jamu Awet Dara dan Jamu Detoks diet by D Azaa Herbs. Mmg hari hari membuang angina je kejenye. Hehe.

Bukan la bermaksud kita boleh taram je segala benda, tp nk cakap kat sini, hari hari kita makan kan? Kadang kita tak boleh kawal angina keluar masuk badan secara tak sengaja..jadi, apa salahnya kita amalkan Jamu Nenek ni biar angina angina dalam badan kelaur dengan jayanya setiap hari JO
Senang, sebab mmg tak kuasa nk merebus, merandam sedangkan dalam JAmu Nenek bermacam lagi ramuan macam halia muda, kunyit putih, bunga zafaran, rose bud dan ulaman segar yg jauh lebih baik dari hanya campur halia tambah the kan?hihi..

JAMU AWET DARA
JAMU DETOKS DIET
RM 25/50 biji
Postage seluruh Malaysia 
WhatsApp 013 507 9887

Najwa
Agent Sah JAmu Nenek anda 
 

Monday, December 28, 2015

PUNCA DAN SIMPTOM ANGIN DALAM BADAN




[ Angin Dalam Badan? Apa punca? Apa tanda?]

apa itu angin? #angin merujuk kepada kembung, sendawa yg berterusan, kentut melepaskan angin sama ada melalui mulut, dubur.




Apa punca angin dalam badan?




  • Telan udara
  • Apabila bakteria dalam usus besar menghadam/ memproses makanan


Semasa makan dan minum, kita juga boleh menlan udara secara tidak sengaja. Mengunyah gula2 getah juga membenarkan banyak angin masuk dalam badan, sekiranya tidak keluar boleh mengakibatkan kembung atau masalah angin.

Biasanya angin terjadi selepas kita makan karbohidrat terutamanya yg mengandungi serat tidak larut seperti kacang dan sesetengah sayur seperti kobis, brokoli dan bawang. Makanan tggi serat spt beras perang dan baked beans juga boleh menyumbang kpd masalah angina. Lain badan lain kesan, macam ada setengah orang tak boleh makan pulut, ada yang okays je..







Tanda/ Simptom Masalah Angin


  • · Rasa lesu/ letih/ tidak bertenaga
  • · Selalu rasa kebas/lenguh/sengal
  • · Tapak tangan/kaki berasa sejuk
  • · Selalu menguap/mudah mengantuk
  • · Sukar bernafas/nafas pendek
  • · Rasa tegang di tengkuk dan pinggang
  • · Kulit kering
  • · ‘muscle spasms’ waktu tidur/jaga
  • · Perut berangin
  • · Sakit kepala/migraine
  • · Perasaan mudah marah
  • · Hilang selera makan
  • · Hilang/kurang nafsu seks
  • · Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.


Itu Antara punca dan tanda2 masalah angin dalam badan.






ADAKAH IANYA BAHAYA?


Sendawa yg kronik berpanjangan boleh menjadi tanda adanya penyakit dalam saluran penghadaman seperti ulser atau gastro – esophagus reflux penyakit (GORD)




Kembung pula mungkin di sebabkan oleh pelbagai penyakit termasuk sindrom usus (IBS), kanser kolon dan penyakit Crohn atau Hernia.




Tapiii.. jangan risau, ini adalah masalah biasa dan sangat lazim…. Pokoknyaa jaga diet kita,kenal makanan kita dan kenal tubuh badan kita jangan main taram je semua ye… In shaa Allah terkawal semuanya.




Ni kita citer pasal angin, next entry baru kita share pasal cara mengatasi masalah angin yg masuk dalam kategori popular ni okays?

Thursday, September 17, 2015

Kenapa DEtoks? Ape itu DETOKS? Nak amal Supplement Wajib baca!



DETOKS! Kenapa detoks? Hari-hari kita “shopping online” seller mesti kata badan kita kena detoks, ataupon kesan supplement bergantung kepada level toxin/racun dalam badan.
Pernah tak kita dengar? Sekarang memang iklan detoks dominate ruangan FB kita kan? Lepas tu viral pulak air detoks ni. Alaaa.. yg air campuran lemon, daun mint, limes and so on yg kena rendam semalaman or rebus sahaja. Tambah lagi dengan produk “Titik2 pon boleh kurus” sebagai ramuan utama dalam air detoks tu. Kan3? Mmg kita dah biasa actually dengan perkataan detoks.
Namun begitu, kalau kita Tanya diri sendiri, pernahkah kita ambil tahu makna sebenar detoks atau detoksifikasi ini? Pernah kita ambil tahu, bagaimana toksin berada dalam badan, bagaimana kenapa di mana, dari mana datang dan wujudnya detoks/racun dan lain2 ini? Pernah tak? Angguk ke geleng?
Jom kita belajar sikit dan ambil tahu apa itu DETOKS!

DETOKS/DETOKSIFIKASI - SUATU PROSES PEMBUANGAN RACUN DARI DALAM TUBUH

Detoks adalah proses pembuangan racun (toksin) dari dalam tubuh kita, samada yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita mahu pun yang disebabkan oleh gaya pemakanan kita (seperti pestiside, pewarna, MSG, logam berat dalam air minuman, dan sebagainya), pengambilan ubat-ubatan, pencemaran udara, stress, pola makan yang tidak sihat dan radikal bebas. Proses detoks juga membantu memperbaiki metabolisme dan kemampuan tubuh untuk membuang racun (toksin) dari dalam tubuh secara semulajadi.
Toksin-toksin inil jika semakin banyak di dalam tubuh, iaitu di dalam di usus kita yang pada akhirnya menyebabkan penyakit degeneratif, kerosakan sel-sel tubuh dan penyakit kronik lainnya seperti kanser, kolesterol dan darah tinggi. Peningkatan racun di dalam tubuh juga mempengaruhi stamina dan kecergasan tubuh dalam menjalani kegiatan seharian serta penuaan diri. 

Proses detoks ini sangat penting dilakukan sekerap mungkin kerana mengingatkan persekitaran hidup dan makanan yang kita makan setiap hari yang seringkali tercemar, sama ada kita sedar atau tidak.


MENGAPA DETOKS ITU PENTING?
Dengan detoks kita dapat:
1. Mencegah penyakit.
2. Merehatkankan organ tubuh.
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh dari toksin-toksin yang berbahaya.
4. Menghilangkan jerawat
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Meningkatkan kecergasan dan fleksibiliti tubuh.
7. Meningkatkan kesuburan.

GEJALA-GEJALA TUBUH YANG SEDANG MENGALAMI DETOKSIFIKASI
Gejala detoks adalah pelbagai dan cara mengatasinya juga adalah berbeza-beza, bergantung kepada paras kepekatan racun di dalam tubuh dan kepekaan masing-masing individu. Ini juga kerana setiap orang mempunyai metabolisma tubuh badan yang berbeza.


Cara-cara untuk detoks

Puasa 

Puasa memang satu kaedah yg berkesan dan selamat untuk bantu badan menyahkan toksik. Kalau nak detoks badan tanpa suplemen, berpuasala selalu. 

Ahli nutrisi Christine Gerbsatdt, penulis buku The Doctor's Detox Diet memberikan cara lebih sihat dan efektif untuk detoks.

Detoks Lemonade

Mungkin kita masih asing kalau dengar nama lemonade ni. Air limau tahu? Haha. Saje je macam glamer sket sebut lemonade. Tambah halia, madu, limau kemudian air panas. Sedap macam duduk tepi kolam renang tu. Tanning konon. Haha.Sesuai sangat minum waktu pagi sebab sekaligus boleh jadi minuman yg menghangatkan badan. Sape yg ada rasa macam sejuk2 tu elokla minum lemonade ni. Detoks lemonade yg ada banyak lemon ni mengandungi asid sitrat. Jadi bila minum, kita mampu detoks badan kita secara alami.


Detoks sayur


Kalau kita jenis tak suka makan sayur, sebab sayur ni tak sedap macam ayam panggang, maka lepas ni kena cuba. Kalau tak suka makan sayur sebab tak boleh lihat bentuk fizikal sayur tu, maka cuba blend dan jadikan jus. Campurkan bayam, celery. timun, kubis dan ubi bit. Selain rasa macam artis sebab minum jus macam tu, memang kita bole detoks sekali. =)


Detoks Buah

Buah-buahan memang best sepanjang masa. Takde istilah tak best kan? Jadi cuba campurkan beberapa jenis buah macam nenas, delima dengan limau. Blend sampai jadi jus dan minum. Memang rasa sihat. =)


Detoks Minuman Kuning

Minuman kuning ni merujuk kepada minuman herba dan rempah. Haha. Ko mampu? Boleh cuba rebus kunyit dan halia kemudian tambah limau dan sedikit garam. Kunyit dan halia ni memang salah satu tumbuhan yg boleh mendetoks dalam tubuh kita. Tak cukup dengan detoks, kunyit boleh membuat metabolisme tubuh kita bekerja dengan maksimum dalam proses pembakaran lemak.


Detoks Teh

Yg ni i like it a lot. Sebab teh memang dah sah2 bagus. Ambil teh dengan jintan dan ketumbar dan flaxseed. Kemudian rebus semua tu dan ambik jusnya. Dah jadi minuman kesihatan u ols. Hehe.


Ok, tu antara cara nak detoks badan secara alami.

Dan take note, bila kita mula buat detoks ni kadang2 ada kesan sampingan yg biasa macam sakit kepala, sakit otot, loya dan sembelit. Tapi tak perlu bimbang sebab tu semuanya adalah healing crisis atau krisis penyembuhan untuk menghapuskan toksin. Manakan tidak, sebelum ni badan kita dok selesa dengan toksin. Bila kita detoks maka badan mula memberontak dan beri kesan.

Insya Allah, lepas detoks, badan akan jadi lebih ringan dan sihat. Dan ajaibnya, berat badan pon boleh turun. =)



Beberapa gejala umum detoks adalah : pening, mual, gejala selsema, cirit-birit, perut memmulas, sembelit atau gatal-gatal.



  • Mual : Rasa mual adalah proses adaptasi tubuh (normal), 3-5 hari akan hilang
  •  Perut memulas : Perut memulas adalah proses detoksifikasi (pengeluaran lemak dan racun dari tubuh), 3-5 hari akan hilang. Teruskan program detox, hindari makanan yang terlalu sensitif seperti pedas, masam dan sejuk.
  • Pening tanpa peluh dingin : Rasa pening adalah proses adaptasi tubuh (normal), 3-5 hari akan hilang. Teruskan program detox. Minum air putih minimum 3 liter sehari
  •  Pening disertai peluh dingin : Bererti menahan lapar, makan sesuai jadual program detox. Apabila waktu makan, meskipun belum rasa lapar, harus tetap makan (makan tepat waktu). Tambahkan pengambilan makanan berprotein, berserat, berkalori rendah dan memperbanyakan pengambilan air putih.
  •  Muntah : Sedang menyesuaikan diri dengan makanan baru, badan belum dapat membiasakan diri dengan portion makan dikurangkan dan sedang meneutralkan kadar asid-alkali bagi orang yang asid perutnya berlebihan.
  • Sembelit : Kurang minum air. Tambahkan air putih dan makanan berserat disertakan dengan olahraga.
  • Najis busuk : Kurang cairan untuk merembeskan unsur racun, maka timbul najis busuk yang disebabkan proses pembuangan racun secara cepat. Banyakkan meminum air putih, sayur dan buah.
  • Otot terasa ngilu : Tubuh sedang menuju kembali ke keadaan sihat, bahagian yang lemah mula bertindak balas. Merupakan gejala semulajadi.
  •  Bersemangat, riang, susah tidur : Tubuh sedang membakar lemak yang berlebihan menjadi tenaga dan merupakan gejala semulajadi. Jika sukar untuk tidur, kurangkan dos pemakanan
  •  Pening, lemah, lapar : Terjadi kepada pesakit kadar gula darah rendah. Tingkatkan pengambilan sayur, buah, madu dan air putih. Tingkatkan metabolisme dengan perbanyakkan aktiviti olahraga.
  • Gejala Selsema : Minum air putih minimum 3 liter per hari.
  •  Cirit birit : Jangan kuaatir kerana tubuh bahagian pencernaan sedang mengalami penyesuaian dengan makanan baru, teruskan program detox dan perbanyakkan minum air putih.
  • Kulit gatal/bintik : Gejala eksresi racun yang sering terjadi pada penderita gangguan ginjal. Perbanyakkan minum air putih.
  •  Organ tubuh terasa sakit : pembaikan dalam organ tubuh yang terasa sakit sedang berlaku, teruskan program detox, setelah beberapa hari sakitnya akan hilang.
  • Keluar peluh, najis agak pekat, tekak kering : Sedang terjadi akibat pembuangan racun. Gejala normal. Perbanyakkan minum air putih.
  •  Buang air besar berkurang : Makanan yang diambil lebih banyak yang diserap oleh tubuh. Merupakan gejala normal, tambahkan makanan berserat tinggi untuk membersihkan kotoran.
  •  Lambat turun berat : Kelenjar tiroid membantu fungsi ginjal sebagai pembuangan air kencing, hati meneutralkan unsur racun dan metabolisme cadangan lemak. Jika fungsi ketiga organ terganggu, maka hasil penurunan berat badan tidak akan begitu ketara. Program detox diteruskan untuk pengemasan keadaan tubuh terlebih dahulu.
  •  Berat badan naik : Setelah lemak terurai, jumlah otot akan bertambah, berat otot bertambah dan tubuh sedang menahan air. Boleh juga yang sedang berlaku adalah fungsi pembuangan air kencing pada buah pinggang kurang baik, sementara sedang terjadi pengumpulan air dalam tubuh.
  • Tidak ada reaksi nyata: Bersyukurlah kerana keadaan badan anda fit dan daya tahan tubuh sudah meningkat. Cuba bersenam, maka akan terasa bahawa daya tahan tubuh sudah bertambah.

Banyak kan cara untuk detoks, kesan2 dan sebagainya yang kita dah tahu serba sedikit. Tapi! Kadang life kita ni banyak kekangan kan? Tak sempat nk rebus air bagai, hari2 x semestinya kita makan sayurrrr ajeee..dan macam2 lagi kekangan plus bila dah malas.
Tak pe, kat sini kita nk kenalkan supplement terbaik keluaran JAMU NENEK D’AZAA HERBS! DETOKS DIET namanya. Antara ramunannya ialah, Inai mekah, serai, jintan, ekstrak sena,sayuran hijau dan lain2 lagi. 100% keluaran bumiputera ya uollss.. bertapak di Pasir Mas Kelantan sejak tahun 1982 dan di komersialkan since 6 years ago J JAMU NENEK di terapikan dengan alunan zikir, doa dan di solat hajatkan. Ramuan nya pula di masak berjam2 dlm kawah secara manual taww.

TESTIMONI
Ni laaaa iollss okays!





Wahhh! Best kan? HArga sebotol RM 25 sahaja (POS ASING)
untuk lagi details uolls boleh WhatsApp 013 507 9887 (No call pls :))



Tuesday, September 8, 2015

7 months.

September, almost 7 months tak menjengok blog. Kekangan masa uruskan my two little heroes.. anak-anak syurga mama Aryan Rizq dan Ammaar Rizq yg masing-masing dah mencecah 2 tahun dan 8 bulan. Alhamdulillah. Keinginan nak menulis sentaiasa ada tp terbatas kerana waktu. Alhamdulillah hari ini berkesempatan. Masih lagi menjalankan perniagaan online tetapi fokus kepada 1 produk sahaja iaitu JAMU NENEK. 
Alhamdulillah syukur selama 8 bulan meniaga, mampu menolong suami dlm menambah perbelanjaan. Di murahkan rezeki dan yang penting di beri peluang untuk membantu para wanita yg punya masalah kewanitaan, membantu wanit dlm berpantang dan membantu pasangan yg ingin menimang cahaya mata. Alhamdulillah Allah beri peluang sambil cari rezeki sambil membantu. 
Hati teringin sekali menulis apa sahaja yg mampu memberi faedah kepada pembaca dan followers. Harap mampu mencari masa atau menyelit utk menulis. How's life has changed. kalau dulu menulis keanak-anakan, hari ni kalau menulis pasti terselit kehidupan ebagai seorang suri rumah, perihal anak-anak, petua menjaga anak-anak, menu masakan di rumah, kekecohan menguruskan rumah tangga dengan kehadiarn 2 org permata hati :) In Shaa Allah, saya pasti akan kembali menulis di sini 
Love,
Najwa.

Saturday, February 7, 2015

Manjakani Penawar Buasir dan Kelebihannya


Hari ini nak bercerita pasal #buasir dan manjakani lah since masih lagi dalam pantang and 5th day suspected buasir. Mmg panik amat but tenangkan diri dan cakap pada diri sendiri "Jamu Nenek" kan ada!
Kenapa yakin sangat tu? Mama call and asked me to buy "manjakani" 1kg then blender kasi halus, tapis and tepek kat d***r mcm bedak sejuk. Then yg kasar2 tu buat bunjut mcm tungku herba, tungku kat tempat berkenaan.
Ok, mmg tu pon berkesan, but.. sempat ke? baru nk menepek tetiba anak nangis mntak nenen.. pas tu anak 1st pon xleh kita x de depan mata.
Bole la let go petua tu, tp berkesan ye utk sape2 yg ade buasir :)

2nd thing saya cuci dgn feminine wash cosmoderm with manjakani tuh. It helps a lot too!

3rd ways.. saya mmg mengamalkan "Jamu awet" sepanjang berpantang.
4 biji Pagi dan 4 Biji malam. dat thing.. mmg mujarab! sb sy xde masalah nk meneran even baru 20th day. bengkak2 kat tmpat berkenaan mmg dah xde :) saya lawas membuang yg mana sebelum ni mmg saya sembelit!

Ramuan dalam Jamu Nenek, sekain saffron atau za'fran, ia mengandungi manjakani :) nak telan manjakani sebijik2 yg tanak dgn nasi tu? alahaii.. Pahit ye sayang2 semua..

MANJAKANI BUAH CIPTAAN ALLAH UNTUK WANITA

Apa lagi ye kelebihan Manjakani?

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

  • Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  • Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
  • Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
  • Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
  • Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
  • Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

Wednesday, February 4, 2015

kelebihan Saffron atau Za'faran

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Jamu nenek ialah Saffron atau Za'Faran.

 

Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. 


Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. 


Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan: 'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"


KHASIAT ZA'FARAN(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)" 
♡ Mencerdaskan minda, 
♡ penyakit radang paru-paru, 
♡ sakit tekak dan tonsil 
♡ Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema 
♡ Sakit kepala atau migrane dan asma
♡ Muntah-muntah, penyakit buah pinggang 
♡ Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia) 
♡ Demam
♡ Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh 
♡ Bengkak hati atau hipatitis A dan B 
♡ Memudahkan penghadaman kpd bayi dan juga kanak2, menghilangkan bau mulut 
♡ Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut 
♡ Menambahkan tenaga zahir dan batin 
♡ Masalah mati pucuk, sembelit 
♡ Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak 
♡ Awet muda dengan kulit cerah dan bersih 
♡ Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing 
♡ Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi 
♡ Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu 
♡ Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan 
♡ Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah
♡ Menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung


Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Saturday, January 31, 2015

Welcome 2015!!

It has been a very long time since the last post rite? Assalamualaikum.. i don't know for how many times will I write "welcome back Najwa!" and I certainly hope this will be the last time :) I want to go back and writing and hoping I still can write even with the 2 heroes of mine :) Still in confinement.. 17th day! Yeayy.. still counting to 40's! Double heroes Aryan Rizq 1 year and 6 months.. Ammar Rizq 17th day :) Alhamdulillah.. for all this time.Life is soo hard but still I am so grateful with My Mr F and our 2 Mujahid :) 


I forgot already on how to fix my blog.. to look more simple.. not so girly.likely more as a mother and wife not as a lolipop girl! LOL! It's alrite.. I'll try to figure it out after this.. I'm hoping dat there are still peoples who will read and interested with my blog :) In Shaa Allah.. 

Have a nice day uools! 
2105 please be nice :) Hoping dat 2015 will be our year.. In Shaa Allah.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Heart Chat Bubble
Copyright to Farhah Najwa
Designed by UMIESUEstudio 2015