Si cHanTeQ daN si HeNseM!

Saturday, May 10, 2014

PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN SUPPLEMENT


"Mencegah itu lebih baik drpd mengubati"
memang selalu kan kita dengaR.. Yelah, bila dah terkena baru lah nak cari penawar lah, ubat lah, Supplement? LAgilah sebab suppelement tu bukan ubat magic ye kawan2 :) Sini sy nak share PERBEZAAN antara ubat dan supplement yang mungkin dah ramai dah taw.. but it's not wrong to share ya sb mungkin bermanfaat kepada yg x tahu.. Wallahu'alam :)


Medicine ( Ubat )

1.       Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Supplement ( Vitamin )

1.    Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.


RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....


MISTINE EGG WHITE PEEL OF MASK MURAH!


http://4.bp.blogspot.com/-RfyRhSUvwcU/Uz6JERTRmNI/AAAAAAAAF18/bdEkBolEMyw/s1600/MISTINE+EGG+WHITE+PEEL+OFF+MASK.jpg
MASIH TERCARI2 MASKER SESUAI UNTUK PERAWATAN TAMBAHAN BAGI KULIT BERMINYAK, BERJERAWAT ATAU KUSAM?
MAHU CARA MUDAH MERASAI TAMPALAN MASKER IBARAT PEMAKAIAN PUTIH TELUR TRADISIONAL?
JOM CUBA
EGG WHITE MASK INI..
TIADA HANYIR MALAH BERBAU WANGI DAN BERKESAN..

http://3.bp.blogspot.com/-Tm2qFS-dTzU/Uz6Cu9A8LwI/AAAAAAAAF1c/HT1qJroMoJs/s1600/MISTINE+EGG+WHITE+MASK+2.jpg

KELEBIHAN EGG MASK :

- Menanggalkan sel2 kulit mati dengan berkesan
- Dapat menganjalkan serta melicinkan kulit
- Membantu menghilangkan blackhead & whitehead
- Memudarkan parut-parut halus
- Mengecilkan pori-pori kulit muka
- Mengecutkan jerawat
- Mengatasi kesan sunburn pada wajah
- Menyejukkan dan menenangkan kulit yang stress
- Mengurangkan masalah kulit berminyak
- Juga membantu mencerahkan kulit
- Sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh diguna lelaki/wanita

http://4.bp.blogspot.com/-GfxBxNDdS1U/Uz6DQVhsEtI/AAAAAAAAF1k/QJwPCcJ8V8c/s1600/MISTINE+EGG+WHITE+MASK+3.jpg

CARA PEMAKAIAN EGG MASK :

1. Cuci/basuh muka dengan sabun/cleanser sedia ada dan keringkan
2. Sapu mask pada seluruh muka kecuali bibir & mata secukupnya
3. Tunggu 15-20 minit sehingga ia benar2 kering (mengadap kipas angin disarankan)
4. Tarik mask perlahan2 dari bawah ke atas
5. Rasai wajah yang lembut, halus dan lebih bersih!
6. Guna 2-3 kali seminggu untuk hasil optimum
** Tips: Simpan mask dalam peti sejuk beberapa minit sebelum guna buat pemakaian anda terasa lebih cool dan segar!


KANDUNGAN EGG MASK :
** Albumen (putih telur), Hydrolyzed Elastin, Collagen
http://3.bp.blogspot.com/-PBYi7hc0aMY/Uz6D7lY831I/AAAAAAAAF1s/iT5Jv4Xbo1s/s1600/MISTINE+EGG+WHITE+MASK.jpg

BERMINAT MENCUBA?
JOM ORDER SEKARANG..


HARGA KAMI :
RM16(S), RM20(S/S)
85gm / TIUB
- harga termasuk kos pos laju -

STATUS PRODUK :
READY STOCK. BOLEH TERUS ORDER..

Tuesday, May 6, 2014

Fadhilat Solat Dhuha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

وسلام


credit to : Shafiqolbu

Welcome back najwa!


Dah berhabuk blog ni ye :) maklumlah dah lama x jenguk :) New life now x macam dlu2 blogging just for fun. 26 years old alrady,enough nk hippi2 yeay2! My intention nk jadikan blog ni sebagai medan perkongsian ilmu In Shaa Allah.So, ada guna lah buat blog ni, bukan sebagai suka2 :D 

what shoul i do ye? As beauty consultant currently,boley kongsi ilmu kecantikan luar dan dalam for sure. Also dakwah secara kecil2 kecilan:) In Shaa Allah :) org kata nasihat tu boleh dengar even drpd seorang pelacur.Even jual tudung pon da kira dakwah kan? So, from now on i'll start blogging again,tp sekadar utk perkongsian ilmu dan business only yaa..sambil mencari kwn2 blog yg baru :)

See yaaa on next entry okays!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Heart Chat Bubble
Copyright to Farhah Najwa
Designed by UMIESUEstudio 2015