7 months.
September, almost 7 months tak menjengok blog. Kekangan masa uruskan my two little heroes.. anak-anak syurga mama Aryan Rizq dan Ammaar Rizq yg masing-masing dah mencecah 2 tahun dan 8 bulan. Alhamdulillah. Keinginan nak menulis sentaiasa ada tp terbatas kerana waktu. Alhamdulillah hari ini berkesempatan. Masih lagi menjalankan perniagaan online tetapi fokus kepada 1 produk sahaja iaitu JAMU NENEK.
Alhamdulillah syukur selama 8 bulan meniaga, mampu menolong suami dlm menambah perbelanjaan. Di murahkan rezeki dan yang penting di beri peluang untuk membantu para wanita yg punya masalah kewanitaan, membantu wanit dlm berpantang dan membantu pasangan yg ingin menimang cahaya mata. Alhamdulillah Allah beri peluang sambil cari rezeki sambil membantu.
Hati teringin sekali menulis apa sahaja yg mampu memberi faedah kepada pembaca dan followers. Harap mampu mencari masa atau menyelit utk menulis. How's life has changed. kalau dulu menulis keanak-anakan, hari ni kalau menulis pasti terselit kehidupan ebagai seorang suri rumah, perihal anak-anak, petua menjaga anak-anak, menu masakan di rumah, kekecohan menguruskan rumah tangga dengan kehadiarn 2 org permata hati :) In Shaa Allah, saya pasti akan kembali menulis di sini
Love,
Najwa.
Copyright to Farhah Najwa
Designed by UMIESUEstudio 2015
No comments:
Post a Comment